5.24.2013

1



Cinta hadir tanpa dipaksa, cinta hadir terus ke hati tanpa diminta,
Aku seolah hilang dalam kabus hati aku sendiri, memilih untuk dicinta atau terus menyinta,
Jika pilihan tetapnya mengikut kata hati. ‘Ya, tentu sekali aku memilih kamu.
Tapi – perkataan tapi selepas jawapan yang baik, bukan sesuatu yang menarik.
kita mungkin bukan pilihan takdir untuk kehidupan ini.’


Sehabisnya biar aku membawa diri, hilang terus di hadapan kamu. Kerana aku tidak mahu terus menyakiti hati kamu dan hatiku sendiri. Selamat tinggal warna indah, semoga tiada dendam di antara kita.

24-5-2013 2.00 a.m

Coretan ringkas kata hati, aku biarkan malam ini muntahkan semua rasa berat di hati aku. Biar ini jadi malam terakhir untuk aku terus meratap rasa hati yang aku sendiri tidak pasti. Semua ini salah aku sendiri, biar 100 orang menuding jari ke arah dia mengatakan dia yang salah tapi yang pasti aku puncanya.

Perancangan masa depan aku kali ini hancur, dibakar oleh rasa amarah aku sendiri terus jadi debu-debu terbang dan terus menghilang. Tak mungkin aku berpaling. Aku egois dan aku tahu.

0 Lover: