6.01.2013

Nafas Baru



Perjalanan seorang amina masih panjang, kali ini dia bangkit dengan rupa baru yang lebih ceria. Segala sisa-sisa hidup lalu yang  gelap,kelam dibiarkan di belakang. Tidak perlu dibawa ke masa depan, Cuma sesekali saja muka surat itu diselak untuk dijadikan panduan dalam membuat keputusan.

Soal perhubungan sama Tuhan saja aku selalu fail, inikan pula soal perhubungan sesama manusia yang punya hati dan perasaan yang berbeda. “Tuhan, aku pohon semoga kali ini sifat amarah aku dikurangkan sedikit.” Hanya Tuhan aku percaya kerana setiap aturanNya pasti ada hikmah yang sangat The Best buat aku. Cinta manusia pula hanya buat keluargaku dan sahabat yang harus aku jaga hatinya, kerana mereka yang selalu ada untuk aku.

Positive dan Negative 2 elemen ini harus distabilkan supaya seorang amina jadi lebih waras. Tidak perlu sentiasa beremosi, kerana itu bukan seorang amina. Dia kuat macam kucing hutan, punya peti simpanan 9 nyawa. Hilang 3 ada 6 dan harus dijaga dengan baik.

Sekian coretan untuk 1.6.2013 aku bahagia dan aku yakin aku terus bahagia walau berjuta cubaan mendatang di masa depan. Aku yakin!


0 Lover: