6.05.2013

rasa 1



“Kalau lari ada orang marah?” beberapa kali aku ulang kata tu pada mereka dan kawan-kawan rapat, dan setiap kali itulah aku dimarah dan dijeling kasar.

Pernah satu ketika aku mahu selesaikan semua ini dan lari ke mana-mana negeri di Malaysia, duduk bersembunyi 2,3 tahun. Tapi rancangan jahat itu dibiarkan begitu, kata hati aku kali ini salah. Rupanya orang yang aku kira lebih memahami aku dari semua rupanya tak.

Buta dan pekakaku bukan sekadar hilang deria rasa secara fizikal tapi mental. Sekarang aku tinggalkan semua yang aku konon cuba usahakan, kali ini aku kena perbaiki deria rasa fizikal dan mental supaya aku tak kembali jadi manusia yang rugi.