“Kalau lari ada orang marah?” beberapa kali aku ulang kata
tu pada mereka dan kawan-kawan rapat, dan setiap kali itulah aku dimarah dan
dijeling kasar.
Pernah satu ketika aku mahu selesaikan semua ini dan lari ke
mana-mana negeri di Malaysia, duduk bersembunyi 2,3 tahun. Tapi rancangan jahat
itu dibiarkan begitu, kata hati aku kali ini salah. Rupanya orang yang aku kira
lebih memahami aku dari semua rupanya tak.
Buta dan pekak – aku bukan sekadar hilang deria rasa secara
fizikal tapi mental. Sekarang aku tinggalkan semua yang aku konon cuba
usahakan, kali ini aku kena perbaiki deria rasa fizikal dan mental supaya aku
tak kembali jadi manusia yang rugi.
1 Lover:
awak kuat saya tau
Post a Comment